Atas permintaan ramai, stok baru minyak teras gemunggal akan dimaharkan bermula minggu hadapan. Bagaimanapun stok hanya terhad kepada 10 botol sahaja ekoran minyak ini bukan dibuat bagi tujuan komersil (bagi perubatan sahaja). Sila SMS untuk tempahan.
Thursday, March 4, 2010
Tuesday, March 2, 2010
Gelang Marjan Merah Asli (Telah ditebus)

Gelang marjan merah yang asli diperolehi berdekatan sebuah pulau di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada 7 kelopak yang membentuk sebuah gelang. Kelopak ini dihasilkan daripada bahagian yang terbaik iaitu perdu/pangkal marjan merah yang diperolehi. Bahagian perdu/pangkal menghasilkan kualiti marjan yang amat padat dengan kehalusan batangnya yang terbaik sekali.
Sila layari blog kayudanteras.blogspot.com bagi mengetahui perbezaan marjan asli ataupun yang dicelup pewarna. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar yang istimewa dan teramat murah berbanding harga pasaran (harga pasaran melebihi RM1,400).
** Terima kasih Hamba Allah, Kelantan **
Labels:
bangle marjan,
gelang,
gelang marjan,
marjan,
marjan merah
Sunday, February 21, 2010
Minyak Teras Gemunggal RM15 sebotol (Stok habis)


Dengan tunjuk ajar seorang yang berpengelaman dalam perubatan Islam dan akar kayu saya telah diajar untuk menyediakan minyak teras gemunggal dengan kaedah istimewa. Minyak ini boleh digunakan untuk tujuan mengurut (hanya sapu sahaja) dibahagian yang bermasalah terutama yang melibatkan saka, sesuai bagi kanak-kanak kecil (bayi) yang menangis ekoran gangguan makhluk halus, pembuangan susuk secara semulajadi, ikhtiar bagi membuang saka (insyaALLAH), sakit berkaitan dengan sihir dan perkara-perkara yang melibatkan unsur-unsur luar. InsyaALLAH biiznillah.
Minyak ini disediakan bagi kegunaan luaran sahaja dan telah dibacakan ayat-ayat Al Quran bagi tujuan @ ikhtiar penyembuhan sebagaimana syarak. Minyak ini juga telah digabungkan dengan minyak Zaffaron bagi tujuan tersebut. Untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih Pn Norlela, Ampang **
** Terima kasih Hamba Allah, Cheras **
** Terima kasih En Lamran, Sandakan **
Sunday, January 10, 2010
Saturday, January 2, 2010
Tasbih Teras Asam Jawa @ Celagi (Telah ditebus)




Tasbih 100 biji (33 x 34 x 33) menggunakan teras asam jawa atau diPantai Timur lebih dikenali sebagai teras celagi. Tasbih teras celagi merupakan antara kayu teras yang teramat keras. Atas permintaan pemilik tasbih ini telah dihasilkan dengan saiz M dengan bilangan 100 biji. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Ihsan, Pengkalan Chepa **
Monday, November 30, 2009
Tasbih Teras Gemunggal 99 biji (Mahar Istimewa) (Telah ditebus)



Tasbih teras gemunggal 99 biji akhirnya siap untuk dimaharkan. Tasbih ini mempunyai 1 imam dan 2 bilal dengan penggunaan 100% teras gemunggal dengan bentuk bulat dan sebiji teras gemunggal jadi batu atas kepala imam. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar istimewa. Stok terhad untuk 1 utas sahaja.
** Terima kasih En Masagoes, Singapore **
Monday, November 23, 2009
Tasbih Teras Gemunggal 33 biji RM350 (Telah ditebus)


Tasbih teras gemunggal pulau 33 biji telah disiapkan oleh tukang sebagaimana yang diminta. Teras gemunggal yang digunakan bukanlah teras gemunggal pulau gred A bagi mengelakkan mahar pasaran semasa yang tinggi. Bagi membolehkan peminat blog mendapatkan tasbih teras gemunggal dengan mampu milik dan mampu bayar, maka tasbih ini disipakan juga. Pun begitu dalam masa terdekat akan dibuat tasbih teras gemunggal pulau gred A dan tasbih teras gemunggal hutan gred A untuk peminat yang mementingkan kualiti yang baik.
Tasbih ini bersaiz bulat (saiz L) untuk dimaharkan dengan harga RM350 seutas. Sila SMS sekiranya berminat. Stok buat masa kini terhad untuk 3 unit sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)



