Friday, May 4, 2012

:: Tasbih Terbaru :: tasbih 33 biji Saiz XL (Telah ditebus)

Tasbih terbaru yang disiapkan tukang ialah gabungan 11 jenis teras berbentuk buah kana dan bersaiz XL. Antara gabungan teras ialah teras kemuning kuning, teras renggas, teras pokok krismas, teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam, teras bui, teras nibung, damar minyak, kayu cendana, teras semeru dan kayu sarsi. 

Imam - Gabungan 5 jenis teras (damar minyak, kemuning hitam, kemuning kuning, renggas dan gemunggal pulau). Bahagian atas kepala imam ialah teras kemuning hitam, damar minyak dan gemunggal.

Penanda - 3 biji teras kemuning hitam, nibung, teras semeru dan gabungan damar minyak dan kemuning hitam.

Bilal - Gabungan 2 jenis iaitu damar minyak dan kemuning hitam.
** Terima kasih En Wan, Subang **