Monday, November 9, 2015

:: Latest Info ::

Kami mempunyai kesukaran untuk mengupdate blog dan barangan baru kini diupdate secara cepat melalui FACEBOOK kami. Sila layari facebook

Tuesday, March 3, 2015

:: TAWARAN SEBELUM GST :: Tasbih Buluh Hijau Jadi Batu 99 biji (Sila PM)




Koleksi terbaik untuk tatapan peminat adalah tasbih 9 jenis fosil buluh tumpat. Makmum terdiri daripada fosil buluh hijau, imam dan makmum terdiri daripada fosil buluh hitam yang merupakan raja segala buluh dan atas imam diletakkan 7 jenis fosil buluh tumpat yang lain. Untuk dimaharkan dengan harga mampu milik.

:: TAWARAN SEBELUM GST :: Tasbih 20 biji Aked Ular + Gabungan Teras Kayu

 
 

Tasbih ini mempunyai 20 biji makmum yang terdiri daripada batu aked ular. Manakala 2 biji lagi batu aked ular diletakkan di atas imam sebagai aksesori. Imam diperbuat daripada gabungan kemuning hitam, damar minyak dan teras asam jawa. Bilal pula di gabungkan antara kemuning hitam dan damar minyak.

Saturday, February 22, 2014

:: Tasbih Terbaik :: Tasbih Ular Cintamani Emas Laut Merah 33 biji (Telah ditebus)



Harga RM4XX
Tasbih ini merupakan 33 biji makmum yang terdiri daripada ular cintamani emas Laut Merah. Bahagian imam dan bilal diperbuat daripada ular cintamani hitam. 

Thursday, November 28, 2013

:: Koleksi Terbaharu :: Tasbih 33 biji Fosil Buluh Hijau Saiz S RM320

Tasbih ini merupakan tasbih saiz kecil dan senang untuk di bawa ke mana-mana. Diperbuat daripada gabungan 3 jenis bahan iaitu buluh hijau jadi batu, kayu ular cintamani hitam dan kemuning hitam. Makmum daripada buluh hijau jadi batu manakala bilal daripada ular cintamani hitam dan kepala imam daripada kayu kemuning hitam.

Tuesday, August 27, 2013

:: Tasbih Istimewa :: Tasbih 100 biji Saiz XXXL 10 Jenis Campuran






MAHAR RM1700
Ramai yang tertanya apakah gabungan 10 campuran tasbih ini. Campuran sebenar adalah 9 jenis teras kayu dan 1 batu. Antara teras yang ada adalah damar minyak, kemuning kuning, penaga urat halus (indonesia panggil nagasari), kemuning kunyit, kemuning hitam, hitam arang, teras asam jawa, teras pokok sesudu (sejenis kaktus dan banyak ditanam dikubur) dan teras gemunggal pulau dan manakala batu adalah batu kursani kuning

Sunday, June 16, 2013

:: Koleksi Terbaru :: Tasbih 99 Biji Teras Kemuning Hitam Saiz L (Telah ditebus)

tasbih kemuning hitam
 
 
 
Tasbih ini diperbuat daripada teras kemuning hitam dengan 99 biji. Keseluruhan imam, bilal dan makmun daripada teras kemuning hitam juga. Terdapat penanda dengan saiz yang kecil sebanyak 10 biji. Dibuat oleh tukang gred terbaik kami. Makmum bersaiz (diameter) 11mm.