Showing posts with label tasbih gemunggal. Show all posts
Showing posts with label tasbih gemunggal. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Tasbih 3 Jenis Teras 33 biji (Gred Terbaik) (Telah ditebus)






Koleksi terbaru adalah tasbih 33 biji yang diperbuat daripada 3 jenis teras kayu iaitu Teras Gemunggal, Damar Minyak @ Raja Kayu dan Kemuning Hitam. Tasbih yang dijadikan ini mempunyai 11 biji makmum bagi setiap teras kayu, 2 biji bilal menggunakan Kemuning Hitam dan 1 Imam menggunakan kepala gabungan antara ketiga-tiga teras kayu itu. Biji tasbih bersaiz XXL.

Diperbuat oleh seorang tukang di Kelantan yang amat halus seni buatannya berbanding tukang tasbih yang lain. Setiap biji tasbih ini adalah bersaiz syiling 10 sen. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan tawaran mahar yang cukup istimewa.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Sarawak **

Monday, November 30, 2009

Tasbih Teras Gemunggal 99 biji (Mahar Istimewa) (Telah ditebus)




Tasbih teras gemunggal 99 biji akhirnya siap untuk dimaharkan. Tasbih ini mempunyai 1 imam dan 2 bilal dengan penggunaan 100% teras gemunggal dengan bentuk bulat dan sebiji teras gemunggal jadi batu atas kepala imam. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar istimewa. Stok terhad untuk 1 utas sahaja.
** Terima kasih En Masagoes, Singapore **

Monday, November 23, 2009

Tasbih Teras Gemunggal 33 biji RM350 (Telah ditebus)



Tasbih teras gemunggal pulau 33 biji telah disiapkan oleh tukang sebagaimana yang diminta. Teras gemunggal yang digunakan bukanlah teras gemunggal pulau gred A bagi mengelakkan mahar pasaran semasa yang tinggi. Bagi membolehkan peminat blog mendapatkan tasbih teras gemunggal dengan mampu milik dan mampu bayar, maka tasbih ini disipakan juga. Pun begitu dalam masa terdekat akan dibuat tasbih teras gemunggal pulau gred A dan tasbih teras gemunggal hutan gred A untuk peminat yang mementingkan kualiti yang baik.

Tasbih ini bersaiz bulat (saiz L) untuk dimaharkan dengan harga RM350 seutas. Sila SMS sekiranya berminat. Stok buat masa kini terhad untuk 3 unit sahaja.

Tuesday, September 29, 2009

Tasbih Teras Gemunggal Pulau Gred A (Telah ditebus) RM 450





Tasbih teras gemunggal pulau gred A ini mempunyai 33 biji, 1 imam dan 2 bilal. Bersaiz L dalam bentuk buah kana. Tasbih ini telah dipasak dengan besi kursani tahap 1, besi leleh dan batu leleh bagi tujuan sebagai pakaian diri disamping boleh digunakan bagi perubatan.