Tuesday, December 11, 2012

:: Koleksi Tasbih Baru :: Tasbih 33 biji Teras Gemunggal (RM3XX)

 
 
Koleksi tasbih ini adalah merupakan makmum daripada teras gemunggal pulau manakala imam dan bilal daripada teras kemuning hitam. Bahagian kepala atas imam diletakkan teras renggas dan teras asam jawa. 

Sunday, December 2, 2012

:: Koleksi Tasbih Istimewa :: Tasbih 99 biji Kursani RM1250

 
 
 
Koleksi terbaru yang baru disiapkan tukang adalah tasbih 99 biji daripada batu kursani (panggilan ramai besi kursani) digabungkan dengan teras kemuning hitam untuk imam dan bilal. Batu kursani ini adalah solid. Saiz biji tasbih ini adalah M dengan diameter setiap biji adalah 11mm.

Saturday, November 24, 2012

Tuesday, November 6, 2012

:: Untuk Perhatian Tuan Mus, Perak :: Tasbih 33 Biji Campuran Saiz S 2 (Telah ditebus)

 
 
Untuk Perhatian Tuan Mus, Perak 
Tasbih campuran beberapa jenis teras bersaiz S. Antara teras adalah teras gemunggal, teras bui, teras damar minyak dan teras kemuning hitam. Imam kepala campur dan bilal daripada teras kemuning hitam.

Sunday, November 4, 2012

:: Untuk Perhatian Tuan Mus, Perak :: Tasbih 33 biji Saiz S (Telah ditebus)

 
Untuk Perhatian Tuan Mus, Perak 
Tasbih campuran beberapa jenis teras bersaiz S. Antara teras adalah teras gemunggal, teras bui, teras damar minyak dan teras kemuning hitam. Imam kepala campur dan bilal daripada teras kemuning hitam.

Wednesday, October 17, 2012

:: Untuk Perhatian Tn Mus, Perak :: Tasbih 33 biji Kemuning Hitam (Telah ditebus)




 




Tasbih 33 biji teras kemuning hitam dan imam dan bilal digabungkan antara kemuning hitam dan damar minyak.

Thursday, September 6, 2012

:: Tasbih Terbaru :: Tasbih 33 biji Saiz S 15 Jenis Campuran Teras (Telah ditebus)

Tasbih campuran 15 jenis teras. Teras yang dicampur adalah teras kemuning hitam, teras kemuning kuning, fosil akar bahar putih, damar minyak, teras gemunggal, nibung, renggas, teras bui, teras semeru, kayu belian, ibul, teras penunduk, teras asam jawa, teras binjai dan kayu cendana.

Wednesday, August 8, 2012

:: Tawaran Ramadhan :: Tasbih 99 biji RM120

Koleksi terbaru kami adalah tasbih 99 biji dengan gabungan 4 jenis teras kayu iaitu teras semeru (makmum 99 biji), teras gemunggal pulau (kepala dan imam), teras kemuning hitam (kepala 1 biji) dan damar minyak (bilal 2 biji). Tasbih ini berbentuk butang baju dan bersaiz M. untuk dimaharkan dengan mahar istimewa sempena bulan Ramadhan. Insya Allah

Monday, July 9, 2012

:: Koleksi Tasbih Campuran 7 Teras :: (Telah ditebus)

Tasbih 33 biji bersaiz S ini merupakan gabungan 7 jenis teras. Bersaiz kecil bagi memudahkan dibawa ke mana-mana. Dibuat oleh tukang kualiti gred A dan untuk dimaharkan kepada peminat blog

7 jenis teras: Teras kemuning hitam, teras kemuning kuning, teras renggas, damar minyak, teras hitam arang, teras gemunggal dan medang sisik.
** Terima kasih En Mohd Khalid, KL **

Monday, June 4, 2012

:: Tasbih Baru :: Tasbih 33 biji Kayu Tas Saiz XL(Telah dijual)







Tawaran istimewa untuk tasbih 33 biji bentuk buah kana saiz XL diperbuat daripada kayu tas sebanyak 31 biji dan penunduk putih sebanyak 2 biji. Terdapat penanda bagi tasbih ini. Bahagian bilal merupakan gabungan antara damar minyak dan kemuning hitam manakala bahagian imam pula merupakan gabungan teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam, teras bui dan damar minyak.


Friday, May 4, 2012

:: Tasbih Terbaru :: tasbih 33 biji Saiz XL (Telah ditebus)

Tasbih terbaru yang disiapkan tukang ialah gabungan 11 jenis teras berbentuk buah kana dan bersaiz XL. Antara gabungan teras ialah teras kemuning kuning, teras renggas, teras pokok krismas, teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam, teras bui, teras nibung, damar minyak, kayu cendana, teras semeru dan kayu sarsi. 

Imam - Gabungan 5 jenis teras (damar minyak, kemuning hitam, kemuning kuning, renggas dan gemunggal pulau). Bahagian atas kepala imam ialah teras kemuning hitam, damar minyak dan gemunggal.

Penanda - 3 biji teras kemuning hitam, nibung, teras semeru dan gabungan damar minyak dan kemuning hitam.

Bilal - Gabungan 2 jenis iaitu damar minyak dan kemuning hitam.
** Terima kasih En Wan, Subang **

Thursday, April 26, 2012

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih 99 Biji Saiz S (Telah ditebus)

Tasbih ini merupakan tasbih bersaiz S dengan gabungan lebih 15 jenis teras. Antara teras yang digabungkan di dalam tasbuh ini adalah teras laka, fosil akar bahar putih, teras gemunggal, teras asam jawa, teras kemuning kuning, teras kemuning hitam, teras asam jawa, teras star, buluh tumpat, nibung tunggal, damar minyak, kayu tas, kayu renggas, teras semeru dan lain lain lagi. Imam diperbuat daripada teras kemuning hitam dan dibahagian kepala diletakkan teras kemuning hitam dan teras gemunggal pulau.
** Terima kasih Tn DB, KL **
 

Tuesday, April 24, 2012

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih 99 Biji 11 Jenis Teras (Telah ditebus)


Tasbih terbaru merupakan gabungan 11 jenis teras yang terbaik. Tasbih bersaiz S.
Tasbih campuran 11 jenis teras dan kayu iaitu buluh tumpat, kemuning kuning, kemuning tahi air ayam, renggas, kayu tas, teras kemuning hitam, teras gemunggal pulau, teras star, kemuning emas kayu sarsi dan damar minyak
** Terima kasih Syeikh Masagoes, Singapura **


Wednesday, April 11, 2012

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih Teras Asam Jawa @ Celagi Saiz S RM260

Tasbih 99 biji diperbuat daripada teras asam jawa @ celagi. Imam dan bilal daripada teras kemuning hitam. Mahar termasuk pos untuk Malaysia sahaja.

Monday, March 26, 2012

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih Ular Cintamani Saiz S (Telah ditebus)




Koleksi tasbih terbaru ialah tasbih yang diperbuat daripada kayu ular cintamani laut. Tasbih ini bersaiz S dengan 99 biji diikuti dengan bilal dan imam yang juga daripada kayu tersebut. Dibahagian kepala diletakkan teras kayu kemuning hitam.
** Terima kasih Tn Hj Halim, Pandan **