Wednesday, June 5, 2013

:: Koleksi Terbaru :: Tasbih 33 biji Bentuk Butang Baju Kemuning Hitam (Telah ditebus)

tasbih kemuning hitam
 
 
Tasbih 33 biji saiz kecil keseluruhan teras kemuning hitam. Senang untuk dibawa dalam poket dan berzikir di mana-mana. Kualiti tasbih terbaik dan harga istimewa RM86 termasuk pos untuk malaysia sahaja.

Friday, May 31, 2013

:: Koleksi Terbaru :: Tasbih 99 biji Damar Minyak(Telah ditebus)

 
 
Tasbih damar minyak 99 biji. Asalnya ditempah oleh sahabat daripada Singapura namun last minute beliau ingin menukar dengan tasbih lain. Jadi tasbih ini open untuk sesiapa yang berminat.

Thursday, May 23, 2013

:: Tempahan Tn Hj Halim, Pandan Indah :: Tasbih 2 (Telah ditebus)

Tasbih firus putih milik beliau dengan imam dan bilal teras campur.

Tuesday, May 21, 2013

:: Tempahan Tn Hj Halim, Pandan Indah :: Tasbih 1 (Telah ditebus)

Tempahan Tn Hj Halim tasbih dengan kepala teras kemuning hitam dan atas kepala batu kursani kuning dan tiger eye.

Monday, April 29, 2013

:: Tasbih Terbaik :: Tasbih 99 biji Marjan Merah (Natural Red Coral)

 
 
 
Tawaran Harga RM1,300 termasuk pos
Tasbih ini diperbuat daripada gabungan batu marjan merah bahagian umbi dengan beberapa teras kayu. Tasbih ini terdiri daripada 99 biji makmum dan mempunyai 3 jenis penanda iaitu pembahagi 50, penanda kecil yang terdiri daripada batu tiger eye asli 10 biji dengan hujungnya batu kursani kuning.

Imam terdiri daripada gabungan teras kemuning hitam dan damar minyak dan diatasnya diletakkan batu kursani kuning dengan hiasan aksesori lain daripada yang lain. Bilal juga terdiri daripada gabungan 2 teras iaitu kemuning hitam dan asam jawa. Tawaran mahar istimewa untuk tasbih batu marjan asli ini. 

Nota:
Harga yang ditawarkan terlampau istimewa kerana kalau dikira kos untuk mencanai sebiji batu di Kelantan adalah RM12 sebiji dan RM30 sebiji di KL. Kalaulah 100 biji maka fahamlah akan kos ini. Itupun tidak termasuk permata marjan dan batu lain. harap maklum.

Saturday, April 20, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, KL :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian Hamba Allah, KL
Tasbih 99 biji makmum daripada teras asam jawa @ celagi. Manakala imam dan bilal daripada teras campuran sebagaimana yang telah dipersetujui.

Monday, April 8, 2013

:: Tawaran Istimewa :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau Campur (Telah ditebus)

 
Teras gemunggal 33 biji bagi yang berminat untuk saiz kecil. Imam dan Bilal diperbuat daripada teras kemuning hitam manakala bahagian atas kepala imam diletakkan teras renggas dan teras asam jawa. Tawaran harga istimewa mampu milik untuk peminat.