Friday, May 4, 2012

:: Tasbih Terbaru :: tasbih 33 biji Saiz XL (Telah ditebus)

Tasbih terbaru yang disiapkan tukang ialah gabungan 11 jenis teras berbentuk buah kana dan bersaiz XL. Antara gabungan teras ialah teras kemuning kuning, teras renggas, teras pokok krismas, teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam, teras bui, teras nibung, damar minyak, kayu cendana, teras semeru dan kayu sarsi. 

Imam - Gabungan 5 jenis teras (damar minyak, kemuning hitam, kemuning kuning, renggas dan gemunggal pulau). Bahagian atas kepala imam ialah teras kemuning hitam, damar minyak dan gemunggal.

Penanda - 3 biji teras kemuning hitam, nibung, teras semeru dan gabungan damar minyak dan kemuning hitam.

Bilal - Gabungan 2 jenis iaitu damar minyak dan kemuning hitam.
** Terima kasih En Wan, Subang **

Thursday, April 26, 2012

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih 99 Biji Saiz S (Telah ditebus)

Tasbih ini merupakan tasbih bersaiz S dengan gabungan lebih 15 jenis teras. Antara teras yang digabungkan di dalam tasbuh ini adalah teras laka, fosil akar bahar putih, teras gemunggal, teras asam jawa, teras kemuning kuning, teras kemuning hitam, teras asam jawa, teras star, buluh tumpat, nibung tunggal, damar minyak, kayu tas, kayu renggas, teras semeru dan lain lain lagi. Imam diperbuat daripada teras kemuning hitam dan dibahagian kepala diletakkan teras kemuning hitam dan teras gemunggal pulau.
** Terima kasih Tn DB, KL **
 

Tuesday, April 24, 2012

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih 99 Biji 11 Jenis Teras (Telah ditebus)


Tasbih terbaru merupakan gabungan 11 jenis teras yang terbaik. Tasbih bersaiz S.
Tasbih campuran 11 jenis teras dan kayu iaitu buluh tumpat, kemuning kuning, kemuning tahi air ayam, renggas, kayu tas, teras kemuning hitam, teras gemunggal pulau, teras star, kemuning emas kayu sarsi dan damar minyak
** Terima kasih Syeikh Masagoes, Singapura **


Wednesday, April 11, 2012

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih Teras Asam Jawa @ Celagi Saiz S RM260

Tasbih 99 biji diperbuat daripada teras asam jawa @ celagi. Imam dan bilal daripada teras kemuning hitam. Mahar termasuk pos untuk Malaysia sahaja.

Monday, March 26, 2012

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih Ular Cintamani Saiz S (Telah ditebus)




Koleksi tasbih terbaru ialah tasbih yang diperbuat daripada kayu ular cintamani laut. Tasbih ini bersaiz S dengan 99 biji diikuti dengan bilal dan imam yang juga daripada kayu tersebut. Dibahagian kepala diletakkan teras kayu kemuning hitam.
** Terima kasih Tn Hj Halim, Pandan **


Wednesday, March 21, 2012

:: Tempahan Tuan Amiril, Ipoh :: (Telah ditebus)


Tasbih campuran 11 jenis teras dan kayu iaitu buluh tumpat, kemuning kuning, kemuning tahi air ayam, renggas, kayu tas, teras kemuning hitam, teras gemunggal pulau, teras star, kemuning emas kayu sarsi dan damar minyak.

Thursday, March 8, 2012

:: Minyak Atar Istimewa KayudanTeras ::


Minyak atar ini boleh digunakan sebagai haruman biasa untuk solat bahkan juga boleh digunakan untuk disapu di permata cincin atau pun barangan seperti keris dan sebagainya. Mempunyai keharuman yang lembut dan tahan lama. Dimasukkan bunga safron (stigma) di dalam minyak atar ini bagi mendapatkan khasiat safron. Mahar RM10.00 untuk sebotol tidak termasuk kos penghantaran. Pembelian melebihi 5 botol kos penghantaran akan diberikan secara percuma.