Wednesday, March 21, 2012

:: Tempahan Tuan Amiril, Ipoh :: (Telah ditebus)


Tasbih campuran 11 jenis teras dan kayu iaitu buluh tumpat, kemuning kuning, kemuning tahi air ayam, renggas, kayu tas, teras kemuning hitam, teras gemunggal pulau, teras star, kemuning emas kayu sarsi dan damar minyak.

Thursday, March 8, 2012

:: Minyak Atar Istimewa KayudanTeras ::


Minyak atar ini boleh digunakan sebagai haruman biasa untuk solat bahkan juga boleh digunakan untuk disapu di permata cincin atau pun barangan seperti keris dan sebagainya. Mempunyai keharuman yang lembut dan tahan lama. Dimasukkan bunga safron (stigma) di dalam minyak atar ini bagi mendapatkan khasiat safron. Mahar RM10.00 untuk sebotol tidak termasuk kos penghantaran. Pembelian melebihi 5 botol kos penghantaran akan diberikan secara percuma.

Sunday, August 7, 2011

Tasbih Teras Gemunggal 99 biji Campur (Telah ditebus)


Tasbih ini merupakan campuran teras gemunggal pulau dan teras kemuning hitam. Berjumlah 99 biji (bersaiz M) makmum daripada teras gemunggal pulau dan makmum serta iman daripada teras kemuning hitam. Terdapat pembahagi diantara 99 biji makmum dan juga disertakan penanda sebanyak 10 biji bagi tujuan zikir. Mahar teramat mampu milik dengan diskaun 50% daripada mahar asal.
** Terima kasih Tuan, Sepang **


Thursday, August 4, 2011

:: Stok Terbaru :: Minyak Ikhtiar Teras Gemunggal


Stok terbaru minyak teras gemunggal campuran dengan kunyit putih dan halia bola bagi tujuan ikhtiar perubatan yang berkaitan dengan buatan orang, saka dan sebagainya. Minyak ini juga telah dizikirkan dengan ayat-ayat Al Quran bagi tujuan yang tersebut.

Pemilik minyak ini hanyalah perlu menyapukan minyak ini ditempat yang dirasakan wujud tanda-tanda kesakitan berhubung penyakit tersebut. TIDAK UNTUK DIMINUM. Hanya RM10 sebotol tanpa kos pos dan pembelian 5 botol keatas akan diberikan pos PERCUMA. Stok terhad untuk 15 botol ini sahaja.
** Terima kasih En Bakhtiar, Shah Alam (5 botol) **

Monday, July 25, 2011

:: Tawaran Istimewa Ramadhan :: Tasbih 33 Biji Batu Aked dan Teras Gemunggal Pulau RM200


Tasbih terbaru ini merupakan tasbih 33 biji gabungan antara batu dan kayu. Terdapat 2 jenis batu yang digunakan iaitu batu aked biasa Mekah dan batu hitam. Batu aked biasa Mekah ini merupakan batu dengan saiz semulajadi dimana tebukan dibuat bagi tujuan kemasukan tali. Batu aked ini tidak dicanai bagi menampakkan bentuk bulat dengan tujuan memelihara bentuk asal yang diperolehi. Manakala ianya digabungkan dengan teras gemunggal pulau sebagai imam dan bilal. Bahagian atas imam diletakkan 3 biji permata iaitu teras gemunggal pulau, batu aked dan batu hitam.

Tasbih ini terasa akan kesejukan batunya semasa dibawa berzikir disamping boleh digunakan bagi tujuan perubatan dengan gabungan teras gemunggal @ kelo ini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar RM200 sahaja. Sila SMS sekiranya berminat.

:: Terbaru :: Gelang Teras Gemunggal Pulau (Telah ditebus)


Gelang ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dengan bentuk seakan biji tasbih. Terdapat 12 biji dan muat untuk lengan standard orang dewasa. Dimaharkan dengan mahar istimewa Ramadhan.
** Terima kasih Mr Prama, SIngapura **


Saturday, July 23, 2011

:: Tawaran Istimewa Ramadhan :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau 99 biji

Akan datang tasbih 99 biji teras gemunggal pulau dengan gabungan beberapa teras kayu bersaiz M. Tawaran mahar teramat istimewa semepna bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga peminat blog dapat menggunakan di bulan istimewa ini. InsyaAllah.