Wednesday, November 10, 2010

:: Akan Datang :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau 99 Biji


Akan datang tasbih teras gemunggal pulau 99 biji buatan tukang berkualiti daripada Tumpat, Kelantan. Kehalusan kerja tangan dan larikan biji tasbih berbentuk bulat yang cermat. Kesemua biji dikilat @ polish menghasilkan tasbih yang teramat berkualiti.

Monday, October 18, 2010

:: STOK BARU :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau 33 biji RM320





1 tasbih telah ditebus

Sebagaimana yang dijanjikan akhirnya tukang baru saya hanya sempat menyiapkan 2 utas tasbih teras gemunggal pulau 33 biji. Imam, bilal dan makmum semuanya daripada teras gemunggal pulau yang diperolehi daripada sebuah pulau dipantai timur Malaysia.

Buat masa ini terhad untuk 2 tasbih sahaja yang bersaiz S @ duit 5 sen dan berbentuk buah kana. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar "mampu milik dan mampu bayar". InsyaAllah.
** Terima kasih En Salahuddin, Sarawak **

Wednesday, October 6, 2010

:: Stok Terbaru Tasbih Teras Gemunggal ::


Insyaallah stok baru tasbih teras gemunggal akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Alhamdulillah dengan izin ALLAH swt seorang tukang membuat tasbih (tukang baru daripada Tumpat, Kelantan) telah bersetuju untuk menyiapkan tasbih saya dalam masa terdekat.

Friday, August 27, 2010

Tasbih 99 biji teras tembuni hitam + batu Tok Wali Saiz S (Telah ditebus)





Biji tasbih (makmum) terdiri daripada bentuk bulat manakala imam dan bilal daripada batu Tok Wali. Beberapa jenis batu Tok Wali digunakan bagi menghasilkan imam dan bilal.
** Terima kasih En Mat, Desa Pandan **

Saturday, August 14, 2010

Tasbih 99 biji teras tembuni hitam + batu Tok Wali Saiz M (Telah ditebus)




Tasbih 99 biji bersaiz S ini adalah gabungan teras tembuni hitam dengan batu Tok Wali. Teras tembuni hitam jarang dikenali ramai dan diTerengganu dikenali sebagai teras bui. Mengikut kitab perubatan teras ini menyamai teras kemuning hitam iaitu dari golongan teras penawar dan sukar diperolehi.

Biji tasbih (makmum) terdiri daripada bentuk bujur manakala imam dan bilal daripada batu Tok Wali. Beberapa jenis batu Tok Wali digunakan bagi menghasilkan imam dan bilal. Mahar istimewa sempena Ramadhan (termasuk pos untuk Malaysia sahaja).
** Terima kasih En Salahuddin, Sarawak **

Gelang Gemunggal Jadi Batu dan Batu Tok Wali (Telah ditebus)




Buat peminat blog kayudanteras saya menyukai pendekatan dari segi hasil produk lain dari yang lain. Yang mana boleh dikatakan amat sukar untuk ditemui diruangan blog yang pernah dipamerkan. Pun begitu kaedah "MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR" masih diketengahkan untuk dimiliki oleh semua peminat barangan ini.

Koleksi terbaru yang diketengahkan ialah gelang gemunggal jadi batu digabungkan dengan batu Tok Wali berserta kombinasi batu hitam onyx bagi menampakkan kelainan dalam menghasilkan gelang. Disamping nampak bergaya ianya juga tidak ketinggalan InsyaALLAH dengan izinNya dapat memberikan khasiat yang telah diciptakan oleh ALLAH swt.

Alhamdulillah atas ilham bagi menghasilkan barangan ini.
** Terima kasih Hamba Allah, Kota Kinabalu **

Tuesday, July 20, 2010

Tasbih 99 biji Teras Tembuni Hitam + Batu Tok Wali (Telah ditebus)






Tasbih 99 biji (saiz S) ini diperbuat daripada gabungan teras tembuni hitam dan batu Tok Wali. Imam dan bilal daripada batu Tok Wali dan makmum 99 biji daripada teras tembuni hitam. Gabungan ini dipilih kerana kedua-duanya merupakan batu dan kayu penawar yang amat bagus sekali. Kombinasi batu dan kayu teras menjadikan ianya sebagai pelengkap antara satu sama lain.

Jika diperhatikan secara dekat kepala imam (batu Tok Wali) telah dipilih daripada jenis batu yang kelihatan seperti ayat-ayat jawi yang mungkin mempunyai maksudnya yang tersendiri. Buat masa kini stok adalah terhad kepada 1 utas ini sahaja dan sekiranya berkesempatan atan menyusul lagi gabungan jenis lain pula.

** Terima kasih Tn Hj Roslan, Brunei**