Friday, April 5, 2013

:: Untuk Perhatian Tn Hj Halim, Pandan :: (Telah ditebus)

 
 
 
Untuk Perhatian Tn Hj Halim, Pandan
Gabungan mantap beberapa teras kayu dengan biji tasbih milik Tn Hj.

Saturday, February 2, 2013

:: Tasbih Istimewa dan Rare :: Tasbih 99 biji Batu Ular + Teras dan Batu (Telah ditebus)

 
 
 
 
Tasbih ini merupakan 99 biji batu ular digabungkan dengan beberapa jenis teras bagi bahagian kepala, imam dan bilal. Biji makmum dibuat berbentuk piring. Bahagian imam diperbuat daripada gabungan teras gemunggal pulau, damar minyak, kemuning hitam dan sudut kepala diletakkan batu kursani disamping batu ular berbentuk bulat. manakala bilal adalah gabungan teras kemuning hitam dan damar minyak.

Tasbih ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama sebagai pendinding binatang bisa di dalam hutan terutama ular, penyedut bisa dan sekiranya bernasib baik memperolehi batu ular yang level dan tarafnya sama dengan geliga ular. In sya ALLAH.

Tuesday, January 22, 2013

:: Tasbih 3 Jenis Teras :: (Telah ditebus)

 
 
 

Tasbih campuran 3 jenis teras utama iaitu teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam dan damar minyak. Bahagian imam merupakan campuran kepala dengan 3 teras tersebut. Bilal adalah campuran kemuning hitam dan damar minyak. Atas imam diletakkan 2 jenis batu iaitu batu "tiger eye" dan batu kursani.

Wednesday, January 16, 2013

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih Campuran 11 Jenis Teras (Telah ditebus)

 
 
 
Tasbih terbaru adalah campuran 11 jenis teras dan 1 jenis batu. Antara campuran teras bagi makmum adalah teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam, teras hitam arang, teras setar, damar minyak, teras kemuning Brunei, teras keluat darah, buluh tumpat, teras asam jawa, nibung dan teras semeru. Manakala batu yang diletakkan dibahagian kepala adalah batu kursani. Imam dan bilal adalah gabungan jenis teras yang telah dinyatakan.

Sunday, January 6, 2013

:: Stok Terbaru Minyak Atar Terpilih Kayudanteras ::

Stok terbaru minyak atar terpilih kayudanteras. Harga RM10 sebotol (tidak termasuk kos pos RM6). Pembelian 5 botol ke atas kos penghantaran adalah percuma.

Tuesday, December 11, 2012

:: Koleksi Tasbih Baru :: Tasbih 33 biji Teras Gemunggal (RM3XX)

 
 
Koleksi tasbih ini adalah merupakan makmum daripada teras gemunggal pulau manakala imam dan bilal daripada teras kemuning hitam. Bahagian kepala atas imam diletakkan teras renggas dan teras asam jawa. 

Sunday, December 2, 2012

:: Koleksi Tasbih Istimewa :: Tasbih 99 biji Kursani RM1250

 
 
 
Koleksi terbaru yang baru disiapkan tukang adalah tasbih 99 biji daripada batu kursani (panggilan ramai besi kursani) digabungkan dengan teras kemuning hitam untuk imam dan bilal. Batu kursani ini adalah solid. Saiz biji tasbih ini adalah M dengan diameter setiap biji adalah 11mm.