Saturday, July 23, 2011

:: Tawaran Istimewa Ramadhan :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau 99 biji

Akan datang tasbih 99 biji teras gemunggal pulau dengan gabungan beberapa teras kayu bersaiz M. Tawaran mahar teramat istimewa semepna bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga peminat blog dapat menggunakan di bulan istimewa ini. InsyaAllah.

Tuesday, June 28, 2011

:: Terbaru :: Gelang Gabungan 14 Jenis Teras (Telah ditebus)


Gelang terbaru yang telah disiapkan adalah gelang gabungan 14 jenis teras yang dibentuk seperti kepala tasbih. Gelang ini merupakan gelang lain daripada yang lain yang pernah dipaparkan dan dibuat. Komibinasi teras yang telah digabungkan adalah teras kemuning emas, kemuning kunyit, teras kemuing hitam, teras akar, teras damar minyak, teras hitam arang, teras sintok @ beluru, teras keluat darah, teras gemunggal pulau, teras kayu wangi, teras asam jawa @ celagi dan 3 teras lain akan dinayatakan kepada pemilik sahaja.

Friday, June 17, 2011

:: Terbaru :: Gelang Teras Gemunggal Pulau (Telah ditebus)


Gelang ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dengan bilangan biji sebanyak 15 biji. Boleh digunakan sebagai gelang disamping boleh dijadikan tasbih untuk berzikir.

Pilihan pasak Percuma:
Besi misteri, teras penunduk hitam jadi batu,besi kursani tahap 1
** Terima kasih En Iwan, Keramat **

Friday, April 8, 2011

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih 99 biji Teras Kemuning Kuning (Telah ditebus)







Tasbih terbaru adalah tasbih 99 biji teras kemuning kuning dalam saiz M. Tasbih ini 100% teras kemuning kuning cuma diselitkan sebiji teras tembuni hitam diatas kepala imam. Tasbih ini dibuat dengan hasil tukang yang amat halus dan cermat dimana boleh dilihat sebagaimana paparan diatas akan keseniannya.
** Terima kasih En Hilmi, Sandakan **


Wednesday, February 23, 2011

:: Koleksi Gelang Terbaru :: Gelang Campuran Teras (telah ditebus)




Gelang ini diperbuat daripada 4 jenis teras iaitu teras kemuning hitam, teras damar minyak, teras gemunggal pulau, kemuning kuning dan dikelilingi dengan biji tasbih terpilih (biji tasbih kegunaan kami yang telah putus).

Gelang ini telah dijalin dengan bentuk yang istimewa yang belum pernah lagi kami paparkan didalam blog ini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Kamarulzaman, Shah Alam **

Friday, January 7, 2011

:: Terbaru :: Gelang Teras Gemunggal Pulau (Telah ditebus)


Untuk dimaharkan teras gemunggal pulau dengan mahar mampu milik dan mampu bayar. Berbentuk bulat seperti biji tasbih dengan larikan tepi oleh tukang tasbih daripada Tumpat, Kelantan.
** Terima kasih En Eddy, Semenyih **

Saturday, January 1, 2011

:: Terbaru :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau Saiz L 33 Biji Siri 1 (RM900)






Tasbih ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dengan saiz L dan mempunyai 33 biji makmum. Kepala imam diletakkan kristal gantung berukir ALLAH dan Muhammad. Kualiti tukang yang menghasilkan adalah gred A dengan kehalusan biji dan polishing yang memuaskan.