Friday, June 17, 2011

:: Terbaru :: Gelang Teras Gemunggal Pulau (Telah ditebus)


Gelang ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dengan bilangan biji sebanyak 15 biji. Boleh digunakan sebagai gelang disamping boleh dijadikan tasbih untuk berzikir.

Pilihan pasak Percuma:
Besi misteri, teras penunduk hitam jadi batu,besi kursani tahap 1
** Terima kasih En Iwan, Keramat **

Friday, April 8, 2011

:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih 99 biji Teras Kemuning Kuning (Telah ditebus)







Tasbih terbaru adalah tasbih 99 biji teras kemuning kuning dalam saiz M. Tasbih ini 100% teras kemuning kuning cuma diselitkan sebiji teras tembuni hitam diatas kepala imam. Tasbih ini dibuat dengan hasil tukang yang amat halus dan cermat dimana boleh dilihat sebagaimana paparan diatas akan keseniannya.
** Terima kasih En Hilmi, Sandakan **


Wednesday, February 23, 2011

:: Koleksi Gelang Terbaru :: Gelang Campuran Teras (telah ditebus)




Gelang ini diperbuat daripada 4 jenis teras iaitu teras kemuning hitam, teras damar minyak, teras gemunggal pulau, kemuning kuning dan dikelilingi dengan biji tasbih terpilih (biji tasbih kegunaan kami yang telah putus).

Gelang ini telah dijalin dengan bentuk yang istimewa yang belum pernah lagi kami paparkan didalam blog ini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Kamarulzaman, Shah Alam **

Friday, January 7, 2011

:: Terbaru :: Gelang Teras Gemunggal Pulau (Telah ditebus)


Untuk dimaharkan teras gemunggal pulau dengan mahar mampu milik dan mampu bayar. Berbentuk bulat seperti biji tasbih dengan larikan tepi oleh tukang tasbih daripada Tumpat, Kelantan.
** Terima kasih En Eddy, Semenyih **

Saturday, January 1, 2011

:: Terbaru :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau Saiz L 33 Biji Siri 1 (RM900)






Tasbih ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dengan saiz L dan mempunyai 33 biji makmum. Kepala imam diletakkan kristal gantung berukir ALLAH dan Muhammad. Kualiti tukang yang menghasilkan adalah gred A dengan kehalusan biji dan polishing yang memuaskan.

Tuesday, December 7, 2010

:: Tasbih Istimewa Perubatan :: Tasbih 99 biji Gabungan 6 Jenis Teras Kayu dan Jadi Batu Saiz M (Telah ditebus)





Tasbih ini telah dizikirkan bagi tujuan perubatan dan pakaian diri dengan izin ALLAH swt. Sambungan zikir daripada bakal pemilik adalah lebih bermakna dan amat baik lagi. Tasbih ini diperbuat daripada 6 jenis teras kayu dan jadi batu. Diperbuat dengan kualiti yang amat baik dengan kilatan secara istimewa (bukan varnish).


Kesemua makmum adalah terdiri daripada teras gemunggal pulau bahagian perdu (warna coklat kehitaman), 2 jenis bilal terdiri daripada gabungan teras kemuning hitam dan kayu damar minyak manakala bahagian imam adalah gabungan 3 jenis iaitu teras kemuning hitam, kayu damar minyak dan teras asam jawa @ celagi. Dibahagian atas imam mempunyai sebiji gemunggal jadi batu berwarna coklat dan diatas sekali berbentuk seakan buah kana adalah teras gemunggal hitam jadi batu bersaiz 20 sen.

Kombinasi teras kayu dan jadi batu ini adalah merupakan pelengkap bagi tujuan perubatan pelbagai penyakit secara dalaman dan luaran. Mahar adalah MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR (bukan mahar pasaran biasa @ lebih RM2K). Sila SMS bagi tujuan tersebut.

Tambahan:
Dipasak besi misteri dan besi kursani tahap 1.

** Terima kasih Hamba ALLAH, Sarawak **





Wednesday, November 10, 2010

:: Akan Datang :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau 99 Biji


Akan datang tasbih teras gemunggal pulau 99 biji buatan tukang berkualiti daripada Tumpat, Kelantan. Kehalusan kerja tangan dan larikan biji tasbih berbentuk bulat yang cermat. Kesemua biji dikilat @ polish menghasilkan tasbih yang teramat berkualiti.