Thursday, November 28, 2013
:: Koleksi Terbaharu :: Tasbih 33 biji Fosil Buluh Hijau Saiz S RM320
Tuesday, August 27, 2013
:: Tasbih Istimewa :: Tasbih 100 biji Saiz XXXL 10 Jenis Campuran
MAHAR RM1700
Ramai yang tertanya apakah gabungan 10 campuran tasbih ini. Campuran sebenar adalah 9 jenis teras kayu dan 1 batu. Antara teras yang ada adalah damar minyak, kemuning kuning, penaga urat halus (indonesia panggil nagasari), kemuning kunyit, kemuning hitam, hitam arang, teras asam jawa, teras pokok sesudu (sejenis kaktus dan banyak ditanam dikubur) dan teras gemunggal pulau dan manakala batu adalah batu kursani kuning
Sunday, June 16, 2013
Wednesday, June 5, 2013
Friday, May 31, 2013
:: Koleksi Terbaru :: Tasbih 99 biji Damar Minyak(Telah ditebus)
Tasbih damar minyak 99 biji. Asalnya ditempah oleh sahabat daripada Singapura namun last minute beliau ingin menukar dengan tasbih lain. Jadi tasbih ini open untuk sesiapa yang berminat.
Thursday, May 23, 2013
Tuesday, May 21, 2013
:: Tempahan Tn Hj Halim, Pandan Indah :: Tasbih 1 (Telah ditebus)
Tempahan Tn Hj Halim tasbih dengan kepala teras kemuning hitam dan atas kepala batu kursani kuning dan tiger eye.
Monday, April 29, 2013
:: Tasbih Terbaik :: Tasbih 99 biji Marjan Merah (Natural Red Coral)
Tawaran Harga RM1,300 termasuk pos
Tasbih
ini diperbuat daripada gabungan batu marjan merah bahagian umbi dengan
beberapa teras kayu. Tasbih ini terdiri daripada 99 biji makmum dan
mempunyai 3 jenis penanda iaitu pembahagi 50, penanda kecil yang terdiri
daripada batu tiger eye asli 10 biji dengan hujungnya batu kursani
kuning.
Imam
terdiri daripada gabungan teras kemuning hitam dan damar minyak dan
diatasnya diletakkan batu kursani kuning dengan hiasan aksesori lain
daripada yang lain. Bilal juga terdiri daripada gabungan 2 teras iaitu
kemuning hitam dan asam jawa. Tawaran mahar istimewa untuk tasbih batu
marjan asli ini.
Nota:
Harga yang ditawarkan terlampau istimewa kerana kalau dikira kos untuk mencanai sebiji batu di Kelantan adalah RM12 sebiji dan RM30 sebiji di KL. Kalaulah 100 biji maka fahamlah akan kos ini. Itupun tidak termasuk permata marjan dan batu lain. harap maklum.
Nota:
Harga yang ditawarkan terlampau istimewa kerana kalau dikira kos untuk mencanai sebiji batu di Kelantan adalah RM12 sebiji dan RM30 sebiji di KL. Kalaulah 100 biji maka fahamlah akan kos ini. Itupun tidak termasuk permata marjan dan batu lain. harap maklum.
Saturday, April 20, 2013
:: Untuk Perhatian Hamba Allah, KL :: (Telah ditebus)
Tasbih 99 biji makmum daripada teras asam jawa @ celagi. Manakala imam dan bilal daripada teras campuran sebagaimana yang telah dipersetujui.
Monday, April 8, 2013
:: Tawaran Istimewa :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau Campur (Telah ditebus)
Teras gemunggal 33 biji bagi yang berminat untuk saiz kecil. Imam dan Bilal diperbuat daripada teras kemuning hitam manakala bahagian atas kepala imam diletakkan teras renggas dan teras asam jawa. Tawaran harga istimewa mampu milik untuk peminat.
Friday, April 5, 2013
:: Untuk Perhatian Tn Hj Halim, Pandan :: (Telah ditebus)
Untuk Perhatian Tn Hj Halim, Pandan
Gabungan mantap beberapa teras kayu dengan biji tasbih milik Tn Hj.
Saturday, February 2, 2013
:: Tasbih Istimewa dan Rare :: Tasbih 99 biji Batu Ular + Teras dan Batu (Telah ditebus)
Tasbih
ini merupakan 99 biji batu ular digabungkan dengan beberapa jenis teras
bagi bahagian kepala, imam dan bilal. Biji makmum dibuat berbentuk
piring. Bahagian imam diperbuat daripada gabungan teras gemunggal pulau,
damar minyak, kemuning hitam dan sudut kepala diletakkan batu kursani
disamping batu ular berbentuk bulat. manakala bilal adalah gabungan
teras kemuning hitam dan damar minyak.
Tasbih
ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama sebagai pendinding
binatang bisa di dalam hutan terutama ular, penyedut bisa dan sekiranya
bernasib baik memperolehi batu ular yang level dan tarafnya sama dengan
geliga ular. In sya ALLAH.
Tuesday, January 22, 2013
:: Tasbih 3 Jenis Teras :: (Telah ditebus)
Tasbih campuran 3 jenis teras utama iaitu teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam dan damar minyak. Bahagian imam merupakan campuran kepala dengan 3 teras tersebut. Bilal adalah campuran kemuning hitam dan damar minyak. Atas imam diletakkan 2 jenis batu iaitu batu "tiger eye" dan batu kursani.
Wednesday, January 16, 2013
:: Koleksi Tasbih Terbaru :: Tasbih Campuran 11 Jenis Teras (Telah ditebus)
Tasbih terbaru adalah campuran 11 jenis teras dan 1 jenis batu. Antara campuran teras bagi makmum adalah teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam, teras hitam arang, teras setar, damar minyak, teras kemuning Brunei, teras keluat darah, buluh tumpat, teras asam jawa, nibung dan teras semeru. Manakala batu yang diletakkan dibahagian kepala adalah batu kursani. Imam dan bilal adalah gabungan jenis teras yang telah dinyatakan.
Sunday, January 6, 2013
:: Stok Terbaru Minyak Atar Terpilih Kayudanteras ::
Stok terbaru minyak atar terpilih kayudanteras. Harga RM10 sebotol (tidak termasuk kos pos RM6). Pembelian 5 botol ke atas kos penghantaran adalah percuma.
Subscribe to:
Posts (Atom)