Tuesday, July 20, 2010

Tasbih 99 biji Teras Tembuni Hitam + Batu Tok Wali (Telah ditebus)






Tasbih 99 biji (saiz S) ini diperbuat daripada gabungan teras tembuni hitam dan batu Tok Wali. Imam dan bilal daripada batu Tok Wali dan makmum 99 biji daripada teras tembuni hitam. Gabungan ini dipilih kerana kedua-duanya merupakan batu dan kayu penawar yang amat bagus sekali. Kombinasi batu dan kayu teras menjadikan ianya sebagai pelengkap antara satu sama lain.

Jika diperhatikan secara dekat kepala imam (batu Tok Wali) telah dipilih daripada jenis batu yang kelihatan seperti ayat-ayat jawi yang mungkin mempunyai maksudnya yang tersendiri. Buat masa kini stok adalah terhad kepada 1 utas ini sahaja dan sekiranya berkesempatan atan menyusul lagi gabungan jenis lain pula.

** Terima kasih Tn Hj Roslan, Brunei**

Monday, July 19, 2010

:: Makluman ::


Kepada peminat blog, buat masa kini saya tidak mengambil tempahan bagi sebarang tasbih (kualiti tukang gred A) ekoran tukang yang biasanya diamanahkan saya mempunyai tempahan daripada luar yang amat luar biasa (rezeki beliau). jadi beliau mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tempahan itu.

Bagi mengelakkan tempoh menyiapkan mengambil masa maka dengan ini saya terpaksa memaklumkan kepada peminat semua akan penangguhan ini dan sekiranya saya menjumpai tukang bergred kualiti A lain akan saya hebahkan kepada peminat semua. Cuma sekiranya saya dapat mencelah untuk memaharkan tasbih baru buatan tukang lain akan saya berbuat demikian untuk peminat.

Harap maklum. Wassalam

Saturday, July 10, 2010

.:: Minyak Ikhtiar Penyeri Diri ::.


Minyak ini pernah dipasarkan kepada peminat blog dan sebelum ramai yang dapat memilikinya minyak ini telah diborong oleh seorang peminat bagi tujuan perniagaan beliau dan rakan-rakannya. Dan Alhamdulillah hasilnya ALLAH swt sahaja yang mengetahui.

Minyak ini bukan dibuat bagi tujuan komersil untuk mendapatkan keuntungan semata-mata kerana bagi menyiapkan ianya perlu melalui pelbagai proses yang semuanya berkaitan dan bertepatan dengan syariat Islam. Stok terbaru ini juga telah ditempah oleh peminat yang sama bagi dipasarkan secara edisi khas dibahagian utara Malaysia. Saya hanya sempat menyiapkan 16 botol bagi tujuan tersebut dan jika diizinkan ALLAH swt stok seterusnya akan menyusul lagi. InsyaAllah selagi penggunaannya bertepatan dengan syariat minyak ini akan terus diberikan dan dipasarkan.

Tuesday, July 6, 2010

Tasbih 3 Jenis Teras 33 biji (Gred Terbaik) (Telah ditebus)






Koleksi terbaru adalah tasbih 33 biji yang diperbuat daripada 3 jenis teras kayu iaitu Teras Gemunggal, Damar Minyak @ Raja Kayu dan Kemuning Hitam. Tasbih yang dijadikan ini mempunyai 11 biji makmum bagi setiap teras kayu, 2 biji bilal menggunakan Kemuning Hitam dan 1 Imam menggunakan kepala gabungan antara ketiga-tiga teras kayu itu. Biji tasbih bersaiz XXL.

Diperbuat oleh seorang tukang di Kelantan yang amat halus seni buatannya berbanding tukang tasbih yang lain. Setiap biji tasbih ini adalah bersaiz syiling 10 sen. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan tawaran mahar yang cukup istimewa.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Sarawak **