Monday, November 30, 2009

Tasbih Teras Gemunggal 99 biji (Mahar Istimewa) (Telah ditebus)




Tasbih teras gemunggal 99 biji akhirnya siap untuk dimaharkan. Tasbih ini mempunyai 1 imam dan 2 bilal dengan penggunaan 100% teras gemunggal dengan bentuk bulat dan sebiji teras gemunggal jadi batu atas kepala imam. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar istimewa. Stok terhad untuk 1 utas sahaja.
** Terima kasih En Masagoes, Singapore **

Monday, November 23, 2009

Tasbih Teras Gemunggal 33 biji RM350 (Telah ditebus)



Tasbih teras gemunggal pulau 33 biji telah disiapkan oleh tukang sebagaimana yang diminta. Teras gemunggal yang digunakan bukanlah teras gemunggal pulau gred A bagi mengelakkan mahar pasaran semasa yang tinggi. Bagi membolehkan peminat blog mendapatkan tasbih teras gemunggal dengan mampu milik dan mampu bayar, maka tasbih ini disipakan juga. Pun begitu dalam masa terdekat akan dibuat tasbih teras gemunggal pulau gred A dan tasbih teras gemunggal hutan gred A untuk peminat yang mementingkan kualiti yang baik.

Tasbih ini bersaiz bulat (saiz L) untuk dimaharkan dengan harga RM350 seutas. Sila SMS sekiranya berminat. Stok buat masa kini terhad untuk 3 unit sahaja.

Wednesday, November 18, 2009

Tasbih Teras Gemunggal Pulau 99 biji


Tasbih teras gemunggal pulau ini dibuat oleh tukang daripada Pasir Putih, Kelantan. Masih lagi dalam proses penyiapan. Bagaimanapun sekadar tatapan untuk peminat blog. Akan datang tasbih teras gemunggal 33 biji saiz L InsyaALLAH dalam minggu hadapan untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Thursday, November 12, 2009

Gelang Kemuning Hitam jadi Batu Versi Tasbih (On Hold)


Koleksi terbaru gelang kemuning hitam jadi batu yang direkabentuk berlainan dengan gelang sebelum ini. Perbezaan adalah setiap biji diletakkan bilal /penyekat (dalam bahasa tasbih) daripada kayu kemuning hitam dan membentuk gelang yang amat menarik disamping boleh digunakan sebagai tasbih kecil. Ini adalah stok terakhir kemuning hitam jadi batu yang saya miliki. Terdapat 12 biji kemuning hitam jadi batu dalam bentuk buah kana.

Monday, November 2, 2009

Gelang Kemuning Hitam Jadi Batu (Telah ditebus)


Amat jarang kedengaran sekiranya pokok kemuning hitam menjadi batu (fosil). Tetapi tidak mustahil sekiranya diizinkan oleh ALLAH swt anda akan memperolehinya. Kemuning hitam jadi batu ini telah dijadikan gelang untuk dipakai dan juga boleh digunakan sebagai medium untuk berzikir. Tawaran harga adalah istimewa untuk peminat blog. Sila SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih Tn Hj Derius, Brunei **

Monday, October 19, 2009

Kepala imam dengan ayat Al Quran


Maha Suci ALLAH swt dengan kebesaranNya. Kepala imam tasbih ini dengan semulajadi selepas proses zikir khas dan dimasukkan ayatul Quran telah mewujudkan kalimah ayatul Quran yang jelas. Antara yang boleh dibaca jelas adalah Inna ALLAH..

Friday, October 16, 2009

Tasbih Teras Gemunggal Pulau (Bulat) - Telah ditebus (RM 300)




Ini adalah tasbih teras gemunggal pulau 100% tanpa campuran dengan teras lain. Ditempah oleh En Mohd Nor dari Gua Musang dengan bentuk bulat dan bersaiz kecil. Agak senang untuk dibawa dan selesa untuk berzikir.
**Terima kasih En Mohd Nor, Gua Musang **

Monday, October 12, 2009

Tasbih Perubatan Tempahan Istimewa (Telah ditebus) RM 550






Tasbih tempahan istimewa Saudara Mohd Rozi ini dibuat khusus untuk perubatan disamping boleh digunakan sebagai alat zikir harian. Tasbih ini menggunakan kombinasi kayu teras dan batu yang berkaitan dengan penawar, pengelak gangguan makhluk halus, pilihan kayu teras yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan mandian bersama air limau nipis dan mandi bunga serta boleh juga digunakan sebagai pakaian diri.

Kayu teras dan batu yang dipilih untuk menghasilkan tasbih ini adalah teras gemunggal pulau gred A, teras gemunggal jadi batu, batu Tok Wali dan teras beluru @ sintok. Biji tasbih bersaiz L @ 20mm menggunakan teras gemunggal pulau gred A, imam menggunakan kombinasi campuran teras gemunggal pulau gred A dan teras beluru @ sintok, bilal (2) menggunakan batu Tok Wali dan atas kepala imam menggunakan teras gemunggal jadi batu.

Telah dimasukkan zikir dan ayat-ayat khas bagi tujuan tersebut. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Mohd Rozi, Puncak Alam **

Sunday, October 11, 2009

Tasbih Kayu Kemuning Hitam (Telah ditebus)






Ini adalah tasbih kayu kemuning hitam sebagaimana yang ditempah oleh En Derius, Brunei. Atas permintaan kesemuanya adalah kayu kemuning hitam dalam jumlah 33, satu imam dan 2 bilal. Dibuat dalam bentuk buah kana bersaiz L @ 20mm sebiji.

Dibuat oleh pakar tasbih daripada Kelantan (saya telah mengenalpasti beberapa tempat yang sememangnya menghasilkan kualiti yang menarik dan buatan yang amat tinggi nilainya).
** Terima kasih Tn Hj Derius, Brunei **

Tuesday, September 29, 2009

Tasbih Teras Tembuni Hitam Campur (RM 250) (Telah ditebus)




Tasbih 33 biji ini diasaskan menggunakan teras tembuni hitam yang diperolehi daripada Gunung Jerai dimana khasiatnya adalah sama tahap dengan kemuning hitam.

Dibuat menggunakan campuran beberapa teras kayu lain dan juga batu pilihan. Imam (1) dan bilal (2)menggunakan teras gemunggal pulau gred A dan kepala diatas imam menggunakan batu Tok Wali. Secara ringkas kesemua gabungan kayu teras dan batu diatas adalah daripada rumpun penawar dan boleh bertindak sebagai medium penawar bagi kebanyakan penyakit disamping digunakan untuk zikir harian.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih Saudara Mohd Amir, Seremban **

Tasbih Teras Gemunggal Pulau Gred A (Telah ditebus) RM 450





Tasbih teras gemunggal pulau gred A ini mempunyai 33 biji, 1 imam dan 2 bilal. Bersaiz L dalam bentuk buah kana. Tasbih ini telah dipasak dengan besi kursani tahap 1, besi leleh dan batu leleh bagi tujuan sebagai pakaian diri disamping boleh digunakan bagi perubatan.

Pendahuluan

Bismillahirrahmannirrahim

Tujuan blog ini dibina adalah untuk mempromosikan tasbih yang dibuat bagi kegunaan orang ramai. Penggunaan teras kayu dan batu adalah sebagai medium bagi meningkatkan lagi ketakwaan kepada ALLAH swt dengan memikirkan akan khasiat yang telah diciptakanNya. Dari sini secara tidak langsung membolehkan kita menghargai akan kebesaran ALLAH swt dari segi ciptaanNya.

Wassalam