Tuesday, March 30, 2010

Gelang Teras Gemunggal dan Kemuning Hitam RM380 (Telah ditebus)



Gelang ini mengandungi 7 biji teras kemuning hitam digabungkan dengan teras gemunggal pulau dalam bentuk gelang yang menarik. Sesuai untuk peminat blog yang tidak suka memakai cincin. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Azlan, Puchong **

Monday, March 8, 2010

Stok Baru - Minyak Teras Gemunggal RM15


Ini adalah stok terbaru minyak teras gemunggal. Hanya sempat menyediakan 15 botol sahaja bagi tujuan perubatan ekoran mengambil masa yang agak lama bagi tujuan pengisian. Botol minyak ini bersaiz 20ml. Sila SMS sekiranya berminat dan mahar termasuk belanja pos untuk Malaysia, Brunei dan Singapura.
** Terima kasih En Jamil, Kangar **
** Terima kasih Hamba ALLAH, Kota Kinabalu **
** Terima kasih En Lamran, Sandakan **

Friday, March 5, 2010

Aroma Kasturi RM26 termasuk pos



Sabda Nabi SAW:
" Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi"
Hadis Riwayat Imam Muslim
** Terima kasih Tn Syed Johari, Penang **
** Terima kasih Hamba ALLAH, Kota Kinabalu **
** Terima kasih En Mohd Faizol, Ayer Keroh **

Thursday, March 4, 2010

Stok Baru Minyak Teras Gemunggal

Atas permintaan ramai, stok baru minyak teras gemunggal akan dimaharkan bermula minggu hadapan. Bagaimanapun stok hanya terhad kepada 10 botol sahaja ekoran minyak ini bukan dibuat bagi tujuan komersil (bagi perubatan sahaja). Sila SMS untuk tempahan.

Tuesday, March 2, 2010

Gelang Marjan Merah Asli (Telah ditebus)


Gelang marjan merah yang asli diperolehi berdekatan sebuah pulau di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada 7 kelopak yang membentuk sebuah gelang. Kelopak ini dihasilkan daripada bahagian yang terbaik iaitu perdu/pangkal marjan merah yang diperolehi. Bahagian perdu/pangkal menghasilkan kualiti marjan yang amat padat dengan kehalusan batangnya yang terbaik sekali.

Sila layari blog kayudanteras.blogspot.com bagi mengetahui perbezaan marjan asli ataupun yang dicelup pewarna. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar yang istimewa dan teramat murah berbanding harga pasaran (harga pasaran melebihi RM1,400).
** Terima kasih Hamba Allah, Kelantan **