Monday, November 30, 2009

Tasbih Teras Gemunggal 99 biji (Mahar Istimewa) (Telah ditebus)




Tasbih teras gemunggal 99 biji akhirnya siap untuk dimaharkan. Tasbih ini mempunyai 1 imam dan 2 bilal dengan penggunaan 100% teras gemunggal dengan bentuk bulat dan sebiji teras gemunggal jadi batu atas kepala imam. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar istimewa. Stok terhad untuk 1 utas sahaja.
** Terima kasih En Masagoes, Singapore **

Monday, November 23, 2009

Tasbih Teras Gemunggal 33 biji RM350 (Telah ditebus)



Tasbih teras gemunggal pulau 33 biji telah disiapkan oleh tukang sebagaimana yang diminta. Teras gemunggal yang digunakan bukanlah teras gemunggal pulau gred A bagi mengelakkan mahar pasaran semasa yang tinggi. Bagi membolehkan peminat blog mendapatkan tasbih teras gemunggal dengan mampu milik dan mampu bayar, maka tasbih ini disipakan juga. Pun begitu dalam masa terdekat akan dibuat tasbih teras gemunggal pulau gred A dan tasbih teras gemunggal hutan gred A untuk peminat yang mementingkan kualiti yang baik.

Tasbih ini bersaiz bulat (saiz L) untuk dimaharkan dengan harga RM350 seutas. Sila SMS sekiranya berminat. Stok buat masa kini terhad untuk 3 unit sahaja.

Wednesday, November 18, 2009

Tasbih Teras Gemunggal Pulau 99 biji


Tasbih teras gemunggal pulau ini dibuat oleh tukang daripada Pasir Putih, Kelantan. Masih lagi dalam proses penyiapan. Bagaimanapun sekadar tatapan untuk peminat blog. Akan datang tasbih teras gemunggal 33 biji saiz L InsyaALLAH dalam minggu hadapan untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Thursday, November 12, 2009

Gelang Kemuning Hitam jadi Batu Versi Tasbih (On Hold)


Koleksi terbaru gelang kemuning hitam jadi batu yang direkabentuk berlainan dengan gelang sebelum ini. Perbezaan adalah setiap biji diletakkan bilal /penyekat (dalam bahasa tasbih) daripada kayu kemuning hitam dan membentuk gelang yang amat menarik disamping boleh digunakan sebagai tasbih kecil. Ini adalah stok terakhir kemuning hitam jadi batu yang saya miliki. Terdapat 12 biji kemuning hitam jadi batu dalam bentuk buah kana.

Monday, November 2, 2009

Gelang Kemuning Hitam Jadi Batu (Telah ditebus)


Amat jarang kedengaran sekiranya pokok kemuning hitam menjadi batu (fosil). Tetapi tidak mustahil sekiranya diizinkan oleh ALLAH swt anda akan memperolehinya. Kemuning hitam jadi batu ini telah dijadikan gelang untuk dipakai dan juga boleh digunakan sebagai medium untuk berzikir. Tawaran harga adalah istimewa untuk peminat blog. Sila SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih Tn Hj Derius, Brunei **